Media Centre

Click to view online article

Potong harga 60 peratus

myMetro, 28 Disember 2008

RASMI...Eric (tiga dari kanan) merasmikan Pasar Raya
Besar Carrefour di Tropicana Mall Damansara, semalam.

Konsep potongan harga sehingga 60 peratus dijanjikan kepada pengguna jika mereka memilih Pasar Raya Besar Carrefour di Tropicana Mall Damansara, di sini, sebagai destinasi untuk membeli barangan keperluan.

Dengan pelancarannya semalam, potongan harga itu boleh dinikmati pengguna jika mereka membeli barangan keperluan harian seperti makanan dan sayuran.

Menurut Pengarah Serantaunya, Eric Garcia, konsep potongan harga itu bersesuaian dengan kempen penurunan harga anjuran kerajaan baru-baru ini.

“Dengan diskaun itu kami menjanjikan situasi menang-menang kepada pengguna kerana di Carrefour pengguna boleh membeli barangan segar dan berjimat dalam masa sama.

“Ini bersesuaian dengan fokus utama pasar raya Carrefour, iaitu menjadi peruncit makanan utama dengan harga saingan yang berpatutan kepada orang ramai,” katanya selepas merasmikan pasar raya itu, semalam.

Katanya, Carrefour juga menawarkan harga barangan yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat lain.

“Ini kerana kami mengutamakan kepuasan pelanggan dan selepas itu baru keuntungan,” katanya.

Eric berkata, ini adalah stor pasar raya ke-16 di seluruh negara, malah pihaknya tidak menolak kemungkinan penambahan pasar raya lagi pada masa akan datang.

Dengan keluasan 6500 kaki persegi serta kemudahan tempat letak kereta sehingga 2500 petak, tentu tidak menjadi masalah kepada orang ramai untuk membeli-belah dalam suasana selesa.

Sementara itu, Carrefour Tropicana Mall dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 10.30 malam pada hari bekerja dan pada Sabtu serta Ahad dibuka dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Pasar Raya Carrefour Tropicana Mall, Ramnesh Kalimuthu dan Pengurus Komunikasi Carrefour yang juga bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi.

Event Calendar
 May   Jun   Jul 
May, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
Jun, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
27 28 29 30 31 1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
1 2 3 4 5 6 7
Jul, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11