Media Centre


SportsUnite anjur Cabaran UR MY BRO Duet 2010

Kosmo , 19 April 2010

DINA (empat dari kiri) bergambar bersama barisan penaja Cabaran UR MY BRO Duet 2010 baru-baru ini.

KELAB Sukan SportsUnite buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Cabaran U R MY BRO Duet 2010 di Tropicana City Mall pada 2 Mei depan.

Cabaran yang akan menyaksikan peserta mempamerkan bakat dan kemahiran secara bebas mengimbangi bola itu terbuka kepada 48 pasangan sahaja.

Menurut Pengerusi Kelab Sukan Sports Unite, Datuk Dina Rizal, ini adalah kejohanan yang pertama diadakan di negara ini dengan matlamat meningkatkan skil pemain bola di samping memupuk perpaduan.

"Syarat utama penyertaan ialah setiap pasangan mestilah diwakili oleh dua kaum," katanya.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1000, trofi dan pelbagai hadiah sampingan.

Naib juara akan menerima RM800, trofi dan barangan penaja, ketiga RM600, trofi dan barangan penaja, keempat RM500 dan trofi dan barangan penaja manakala pemenang kelima dan keenam masing-masing menerima RM400, trofi dan barangan penaja.

Yuran penyertaan ialah RM30 untuk satu pasangan.

Borang penyertaan boleh didapati di Tropicana City Mall atau layari www.syoksukan.com.

Shuhaimi Khizari yang dikenali sebagai 'Dr Freestyler' akan mempamerkan kepakarannya mengimbangi bola dan juga bertindak sebagai ketua hakim.

Untuk keterangan lanjut mengenai kejohanan ini, boleh menghubungi Nik Muhd. Radzi meneruis talian 019-351 9934/019-210 2442.



Event Calendar
 Jan   Feb   Mar 
w
Jan, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
2930 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
Feb, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
Mar, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
26 27 28 29 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
1 2 3 4 5 6 7