Media Centre


Peluang pamer bakat gaya bebas

Sinar Harian , 19 April 2010

Pihak penganjur berganbar bersama pada majlis pelancaran logo karnival, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Kelab Sukan SportsUnite buat julung kalinya akan menganjurkan Cabaran 'U R MY BRO' Duet 2010 di Tropicana City Mall, 2 Mei depan.

Cabaran yang akan menyaksikan peserta mempamerkan bakat dan skil secara bebas mengimbangi bola itu terbuka kepada 48 pasangan sahaja.

Menurut Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Datuk Dina Rizal, ini adalah kejohanan yang pertama kalinya diadakan di negara ini, bertujuan meningkatkan kemahiran pemain bola di samping memupuk perpaduan di kalangan peserta.

"Syarat utama penyertaan, pasangan mestilah diwakili oleh dua kaum," katanya.

Juara akan membawa pulang RM1,000 trofi dan pelbagai hadiah menarik. Naib juara akan menerima RM800, trofi dan barangan penaja, ketiga RM600, trofi dan barangan penaja, keempat RM500, trofi dan barangan penaja manakala, pemenang kelima dan keenam masing-masing menerim RM400, trofi dan barangan penaja.

Yuran penyertaan ialah RM30 untuk satu pasangan. Borang penyertaan boleh didapati di Tropicana City Mall atau layari www.syoknyasukan.com.

Menariknya, Shuhaimi Khizari atau lebih dikenali sebagai Dr Freestyler akan mempamerkan kepakaranya mengimbangi bola dan juga akan bertindak sebagai ketua hakim.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Nik Muhd Radzi menerusi 019-351 9934/019-210 2442.

Event Calendar
 Jan   Feb   Mar 
w
Jan, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
2930 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
Feb, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
Mar, 2012
SU MO TU WE TH FR SA
26 27 28 29 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
1 2 3 4 5 6 7